Wednesday, April 1, 2009

Tandas di SOGO Complex, Kuala Lumpur

Pertama sekali mohon maaf sebab tak dapat nak kongsi gambar di hadapan tandas tersebut sebab kekangan-kekangan yang terjadi......

Kompleks Sogo memang terkenal dan menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah, terutama ketika adanya jualan murah... Kompleks ini merupakan sebuah kompleks yang besar dan nampak sofistikated dari segi hiasan dalaman mahupun luarannya...Termasuklah tandasnya....

Ketika leka membeli-belah, tentu sahaja kita ingin ke tandas bagi melepaskan hajatkan, terutama bagi anak-anak kecil. Pada pendapat kita, tentu sahaja tandas di sini bersih dan selesa. Tapi adakah andaian anda benar??

Jom kita tinjau di dalam tandas tersebut...




[ Pandangan di dalam salah sebuah tandas yang terdapat di situ ]

Apa pendapat kita????

- memang tandas tersebut nampak ok, bersih tetapi ada banyak kekurangan seperti; tisu tandas, wayar yang pendek malah tidak dapat disangkut pada penyangkutnya dan tidak ada tempat penyangkut barang.




[ pandangan secara dekat tandas tersebut ]

- wayar 'hose' berada berdekatan lubang tandas - ini menyebabkan pengguna 'geli' untuk memegangnya.

- terdapat tisu yang dibuang sekitar lubang tandas tersebut.




[ takungan air di sekitar dalam tandas ]

- terdapat air bertakung di dalam tandas tersebut, ini menyebabkan pengguna terpaksa mengangkat pakaian mereka dengan hati-hati.

- air tersebut menyebabkan ketidak selesaan kepada pengguna - menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.




[gambar diambil di di dinding dalam tandas tersebut]

- masih terdapat juga manusia yang suka menconteng dinding tandas, nampak berseni tetapi kurang bijak bila ia di lakar di dalam tandas.. untuk tujuan apa tidak diketahui.. Inikah metaliti pengguna-pengguna tandas?? terutama bagi golongan muda..

Secara keseluruhannya, tandas di sogo tidak lah begitu bersih serta selesa, malahan ia tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Sepatutnya ada pihak tertentu ataupun pihak pengurusan sogo perlu memantau perkara ini dengan teliti.

Hal ini kerana, sogo adalah sebuah nama yang besar, jadi jangan kerana kelemahan tandas maka menjejaskan kompleks tersebut.

p/s; maaf tidak dapat letak banyak gambar disebabkan kekangan-kekangan tertentu serta masalah wiyerles..

No comments:

Post a Comment