Surat ini telah dihantar ke alamat email pejabat setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang.
Berikut adalah kandungan surat tersebut.
Hapidzah.Binti.Abdul Hamid
F25 / 210, Desasiswa Fajar Harapan,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang,
________________________________________________________________________
Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Pulau Pinang,
Paras 25, Komtar,
10503 Pulau Pinang.
23 MAC 2009
Tuan / Puan,
ADUAN MENGENAI TANDAS AWAM DI PULAU PINANG
Saya seperti nama dan alamat di atas merupakan pelajar tahun tiga kursus Kajian Globalisasi, Budaya Siber & Masa Depan di USM, ingin membuat aduan mengenai tandas awam terutama di bangunan komersial di Pulau Pinang.
2. Setelah beberapa bulan kami menjalankan kajian terhadap tandas-tandas tersebut, kami dapati tahap kebersihan tandas yang terdapat di Pulau Pinang adalah kurang memuaskan. Malahan, tandas-tandas yang menjadi lokasi kajian kami juga kekurangan dari segi kemudahan dan kelengkapannya.
3. Kajian kami ke atas tandas awam di pasaraya-pasaraya amat mendukacitakan. Hal ini kerana, keadaan tandas tersebut kekurangan dari segi tahap kebersihan serta kelengkapannya. Walaupun kita sedia maklum tandas-tandas tersebut diguna pakai oleh orang ramai, tetapi masalah-masalah sebegini masih berlaku. Siapa yang bertanggungjawab, tidak kami ketahui. Selain itu, tandas awam yang terdapat di Terminal Sungai Nibong juga tidak memuaskan walaupun ianya dibersihkan.
4. Mengapa perkara ini harus terjadi? Orang awam yang ingin menggunakan tandas awam perlu membayarnya sebelum menggunakannya. Tetapi persoalannya, adakah bayaran itu berbaloi dengan perkhidmatan yang kita perolehi. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin agar masalah ini dapat diatasi. Jangan kerana keadaan tandas yang tidak memuaskan, nama Pulau Pinang turut terjejas di mata dunia.
5. Di samping itu, pihak tuan/puan boleh melayari blog kajian kami untuk melihat sendiri hasil kajian kami mengenai tandas di http://nizamacleanNclear.blogspot.com dan pihak tuan/puan boleh juga menghubungi kami di alamat nizama216@gmail.com. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan sesegera mungkin.
Segala kerjasama daripada tuan/puan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
------------------------
(HAPIDZAH BT ABDUL HAMID)
Lee Zi Jia Kandas di All England 2022
2 years ago
Saya cadangkan supaya Sdri Hapidzah dengan semua mahasiswa-mahasiswi USM buat operasi gotong royong bersihkan tandas-tandas yang kotor itu sepanjang tahun...tunjukan mahasiswa-mahasiswi USM perihatin menjaga kebajikan tandas- tandas awam di Pulau Pinang...
ReplyDelete