website KKKRPortal Portal ( Klik disini untuk terus ke website tersebut)
Kami ingin berkongsi maklumat tersebut dengan anda-semua.
Jom baca :)
KETIKA Tahun Melawat Malaysia 2007, ramai pelancong memberi komen yang baik akan negara kita kecuali komen negatif mengenai tandas awam dan tandas di kedai kopi serta tempat makan lain.
Walaupun banyak kempen dilakukan mengenai kebersihan tandas awam, kita belum banyak mencapai kejayaan dan isu tandas awam yang kotor masih hangat diperkatakan.
Baru-baru ini ada laporan mengenai tandas untuk orang kurang upaya (OKU) dalam keadaan daif. Isunya bukan saja mengenai tandas untuk OKU, malah tandas biasa pun tidak bersih dan diselenggara.
Contohnya Perhentian Rehat Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Saya selalu menggunakan tandas di perhentian rehat berkenaan dan setiap kali singgah saya mendapati kebersihan tandas itu amat tidak memuaskan, busuk dan kotor. Malah tandas di perhentian rehat di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan yang pada satu masa dulu bersih, kini tidak lagi dapat dibanggakan.
Kita amat bagus dalam membangunkan projek dan menyediakan bangunan moden serta peralatan canggih, tetapi masih ketinggalan dalam menyelenggarakan dan memastikan bangunan dan peralatan itu berfungsi dengan baik.
Dalam menjalankan tugas, saya sering berjalan ke serata pelosok negara dan mengunjungi banyak dewan orang ramai untuk menghadiri perhimpunan atau seminar. Sering kali saya mendapati kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan buruk terutama tandas.
Isunya bukan hanya tandas. Bagaimana pula dengan longkang, jalan, lorong belakang, taman awam, stesen bas dan teksi, yang juga tidak diselenggara dengan baik dan mungkin juga tidak selamat dan diabaikan.
Sudah sampai masanya untuk semua pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, sektor swasta dan semua rakyat Malaysia memberikan perhatian kepada kelemahan dalam bidang keselamatan, perkhidmatan dan penyelenggaraan ini dan melakukan sesuatu mengenainya.
Penyelenggaraan dan perkhidmatan tidak pernah menjadi kekuatan kepada negara kita walaupun
Untuk memastikan Malaysia menjadi negara kelas pertama dengan prasarana bertaraf dunia juga memerlukan perkhidmatan dan penyelenggaraan taraf dunia.
Meningkatkan imej negara bukan saja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, pemilik bangunan dan industri perkhidmatan semata-mata, tetapi juga tanggungjawab semua rakyat di negara ini.
Setiap rakyat hendaklah mempunyai kesedaran sivik. Mereka hendaklah menggunakan kemudahan awam dengan penuh bertanggungjawab, tidak membuang sampah merata-rata dan berhati-hati terhadap keselamatan dan menjaga alam sekitar. Semua ini adalah sikap yang perlu disematkan dan disuburkan sejak kecil lagi.
Pendapat kami : Betul sekali :)
No comments:
Post a Comment