Isu Tandas Awam bukanlah satu isu yang mudah. Malah sehingga kini, masih belum
mendapat sebarang penyelesaian.
Bersetuju kah anda dengan pendapat kami??
Jika jawapan anda setuju- sila angguk sekali :)
Untuk 'post' kali nie, kami nak tunjukkan satu lagi arkib berita daripada MDTCA
yang bertajuk 'Restoran Mamak Akan kenakan Caj Tandas' bertarikh 6 February 2007
Sebelum anda komen, jom baca berita tersebut terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Restoran mamak sedang berura-ura mengenakan bayaran bagi menggunakan tandas di tempat mereka, sebagaimana dilakukan oleh sesetengah pasaraya dan kompleks membeli belah ketika ini. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Jamarulkhan Kadir berkata caj masuk tandas itu perlu kerana selama ini mereka menanggung kos menyelenggara tandas yang bukan saja digunakan oleh pelanggan tetapi orang awam. Katanya, mungkin selepas mengenakan caj tandas, tandas akan sentiasa bersih kerana restoran mampu mengupah penyelenggara tandas tetap. "Kami ibarat membuka tandas awam dengan percuma di tengah bandar kerana kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan tandas awam yang mencukupi," katanya kepada Bernama. Namun, Jamarulkhan berkata itu adalah cadangannya secara peribadi dan belum dibincangkan pada mesyuarat persatuan. Beliau berkata, jika PBT, pasaraya dan kompleks membeli belah boleh mengenakan caj tandas kepada pelanggan, mengapa restoran mamak tidak boleh. Jamarulkhan berkata beliau menyambut baik jika pihak PBT sanggup mengambil alih tandas di restoran tanpa sewa disebabkan kurangnya tandas awam di bandar-bandar. "Mereka juga boleh menggaji pekerja khas menjaga tandas," katanya. Beliau berkata berdasarkan maklumat persatuan, pengusaha restoran mamak telah banyak membuat peningkatan keindahan restoran dan tandas demi keselesaan pelanggan. -- BERNAMA
Adakah anda bersetuju?
Pendapat kami : kami bersetuju tetapi mesti lah tandas awam tersebut betul-betul bersih, kelengkapan dan kemudahan mencukupi.
Jangan jadi macam di segelintir tandas awam yang berbayar.Kena bayar tapi kemudahan dan kelengkapan tahap 'gagal'. Berbaloikah bayaran dibuat??
Choice Is Yours!!
Sumber Berita : MDTC

No comments:
Post a Comment