Thursday, April 2, 2009

Arkib Utusan Online : Natef 2008 bentang 11 topik kebersihan tandas

Hi everyone...
Hari nie, kami nak berkongsi sesuatu dengan anda-semua..
Apa agaknya ye??
Masih lagi dengan topik yang berkisar tentang ' Tandas Awam'..
Semalam, kami telah mencari maklumat tentang tandas awam dan terjumpa
satu berita dari Arkib Utusan Online ..
Berita tersebut telah dipaparkan pada 1o November 2008
dalam Utusan Online
Sebaik sahaja membaca berita tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa
kerajaan Malaysia sememangnya memandang serius tentang masalah tandas awam nie..
Nak tahu lebih lanjut kandungan akhbar tersebut??
Jom baca artikel di bawah nie :) atau anda klik disini untuk terus link kepada Utusan Online

SEREMBAN 9 Nov. - Orang ramai di negeri ini dijemput menghadiri Ekspo dan Forum Tandas Kebangsaan (Natef) 2008 yang akan membentangkan 11 topik kebersihan tandas di sebuah pusat peranginan dekat sini pada 12 dan 13 November ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, seramai 11 penceramah dari dalam dan luar negara akan membuat pembentangan sepanjang program anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan negeri, MPS dan Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM).
''Topik-topik yang dibentangkan dalam forum bertujuan memberi maklumat serta pendedahan terkini tentang pengurusan dan informasi tandas kepada peserta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Pengerusi Persatuan Tandas Jepun (JTA), Koo U E akan membentangkan topik 'Pengalaman Persatuan Tandas Jepun (JTA) Dalam Kejayaan Meningkatkan Kesedaran Sivik Di Jepun Terhadap Kempen Tandas Bersih.'
Selain itu kata Abd. Halim, dua lagi penceramah luar negara iaitu Pengerusi Persatuan Tandas Nepal, Megha Raj Regmi serta wakil Kementerian Kesihatan Thailand masing-masing akan membentangkan topik 'Kaedah Berterusan Terhadap Pengurusan Sisa Kumbahan: Pengalaman Di Nepal' dan 'Kejayaan Kempen Tandas Bersih: Pengalaman Di Thailand.'
''Pengerusi Eksekutif Prished Consultants International, Kol. Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Adat Berkampung Kampung Dipertahankan, Berbandar Bandar Dipertahankan.
''Di samping itu, Presiden QRAM Sabah, Datuk K.H. Chua dijadual membentangkan topik 'Kempen Tandas Bersih Di Sabah," katanya.
Beliau berkata, Pengarah Urusan PLUS Expressway, Noorizah Abd. Hamid akan menyampaikan topik 'Tandas Berkualiti dan Bersih: Contoh Kepada Pengendali Tandas Awam Lain' manakala Pengarah Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ir. Y. M. Hooi akan membentangkan ceramah bertajuk 'Tandas Kotor Sifar Komitmen Kita.'
Abd. Halim memberitahu, wakil Kementerian Pelancongan akan membentangkan topik 'Tandas Berkualiti Menunjukkan Imej Positif Kepada Pelancong Kita: Kejayaan Sampai Kini, Perancangan Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang.'
Katanya, Pengurus Besar Bahagian Kebersihan, Rentokil Initial (M) Sdn. Bhd., Carol Lam akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Tabiat Menggunakan Tandas' dan Pengurus Besar Goh Ban Huat Sdn. Bhd., A. C. Tan akan membentangkan topik 'Tandas Jualan Automatik.'
Katanya, wakil DOE Industries Sdn. Bhd., Norwati Jamaludin, akan membentangkan ceramah bertajuk 'Penjimatan Air.'


Pendapat kami : Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan tandas awam. Pihak kerajaan sudah memainkan peranan mereka selaku pentadbir negara. Bagaimana dengan kita pula??
Apa harus kita buat??
  1. 'Flush' selepas menggunakan tandas awam
  2. Buang sampah ke dalam tong sampah.
  3. Menggunakan kemudahan dengan baik
Ada sesiapa nak komen??
Choice is Yours!!

1 comment:

  1. yes..that true!!
    we just do our work and government
    to their work..
    dont forget about the management!!
    they need to make sure all toilet always clean
    *Is Dungun*

    ReplyDelete