Monday, March 23, 2009

Plaza Gurney, Jom Kita Singgah...

Ni la pemandangan dekat luar Plaza Gurney yang terletak berhadapan dengan Persiaran Gurney, Pulau Pinang...
Jom kita tinjau tandas awam yang ada kat dalam Plaza Gurney ni..
Tengok, jangan tak tengok..!!!!!!




Tengok simbol ni, tandanya kita menuju ke tandas...

Mari kita 'check' tandas wanita kat Plaza Gurney ni....

Pemandangan di sepanjang pintu bilik air yang terletak berhadapan dengan cermin dan juga tempat membasuh tangan.. Nampak tersusun dan kemas kan...

Ada juga tempat membuang air kecil bagi budak lelaki... Macam ni memudahkan semua orang kan.. Tinjaun permulaan memberikan pandangan yang positif pada tandas awam ni.. Tapi tak pe, jom kita tengok dengan lebih mendalam lagi...






Hmmm.. ada dua jenis tandas yang boleh digunakan.. sama ada pengguna lebih selesa menggunakan 'mangkuk tandas duduk' ataupun yang sebaliknya... tapi tengok tu, salur air tu terletak kat bawah... eee...sepatutnya digantung selepas digunakan.. boleh menyebarkan bakteria la....

Alat pengering tangan boleh digunakan dengan baik...

Sabun tangan ni pun masih ada lagi...
Jadi, segala kemudahan yang ada kat dalam tandas awam ni bukan hanya sekadar hiasan, tetapi boleh digunakan secara bersama..
Apa kata anda???.... setelah ditinjau dan diselidik, Plaza Gurney ni merupakan 'Commercial Building' yang berstatus tinggi... Wajarlah tandas awamnya juga memberikan perkhidmatan yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan tandas awam yang lain.. Walaupun mungkin ada yang kurang menarik di mata, namun ianya masih lagi mampu memuaskan hati penggunanya.. Berapa 'bintang' agaknya tandas awam ni?.. Apa komen anda?... Tinggalkan komen anda di bawah ini...
Choice Is Yours!!!!!!!!.....

1 comment: