Monday, March 23, 2009

Pasaraya GIANT di Pulau Pinang...

Permandangan sebelum melangkah masuk kedalam pasaraya ini..
Jom kita tengok apa yang berlaku di dalam sana..




Ha.. Tengok ni, ada syarikat yang buat pameran dan jualan 'mangkuk tandas'.. Syarikat Coway ni menawarkan perkhidmatan 'mangkuk tandas' yang serba canggih yang mana tandasnya lain daripada yang lain.. Produk terbaru keluaran Syarikat Coway... Tekun betul dia menerangkan tentang 'mangkuk tandas' tersebut.


Ni pulak kita beralih ke dalam tandas yang terdapat di dalam pasaraya ini.. Tengok tu, laju betul kipas tu berpusing, tujuannya untuk mengeringkan tandas..



Sabun pembasuh tangan ini nampaknya sudah tiada isi lagi... Puas kami tekan, tapi tidak ada sabun yang keluar...





Pemandangan di dalam tandas GIANT.. Nampak bersinar-sinar kan.. Mari kita tengok dengan lebih mendalam lagi.....




Wow.... baru jengah masuk ke dalam tempat 'membuang air' sudah nampak tisu yang bersepah di atas tong 'Sanitary Pad'.. Nampaknya dah salah digunakan ni... Tu bukannya tong sampah, tapi dibuangnya tisu di luar tong itu... Macam mana la nak bersih...
Inilah yang selalu menjadi masalah... Kalau ada tisu, selalu saja dibuang merata... Kesian dengan tukang pembersih.... tak pernah berhenti melakukan kerja pembersihan... Mentaliti masyarakat Malaysia ini tak pernah berubah walau di mana pun kami kaji... Setakat ini, tandas dekat dalam Hotel sahaja yang kelihatan clean & clear.. Kenapa jadi begitu?...
Semuanya di tangan anda...
Choice is Yours... !!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment