Tuesday, March 17, 2009

G Hotel

Pada 13 February 2009 yang lalu, kami bertiga telah memulakan pencarian 'Tandas Awam' di serata Penang untuk memenuhi keperluan subjek 'Globalization Cyberculture & Future Studies'.
Alhamdulillah...akhirnya semua gambar tandas sudah berjaya diambil dan sekarang adalah
masa untuk menilai tandas-tandas tersebut!!
Jom tengok!!

Untuk 'entry' kali nie, kami akan tunjuk Tandas di G HOTEL yang terletak di Gurney, Pulau Pinang.

Gambar 1 : Pintu utama G Hotel



Gambar 2 (dibawah) : Petunjuk yang digunakan untuk membawa anda ke TANDAS
Anda golongan yang mana? Jangan tersilap masuk!!



Gambar 3 : Tandas di G Hotel...Cantik kan? Siap dengan akuarium sebagai penyeri tandas tersebut..

Gambar 4 (di bawah) : Gambar Tandas G Hotel yang lebih terang. Terdapat banyak kemudahan yang lengkap disediakan oleh pihak hotel.


Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak G Hotel adalah memuaskan!!
Banyak kemudahan yang disediakan memang bertaraf tinggi.
Al-maklumlah, hotel yang terkemuka di Penang.
Ramai pelancong asing gemar menginap di hotel.

Jom kita nilai setiap kemudahan tandas G Hotel ni..


Gambar 5 : Lepas menggunakan tandas, kenalah basuh tangan dulu kan?

Gambar 6 (di bawah) : Lihat..hanya perlu dekatkan tangan anda pada paip sahaja. Air akan keluar..Menyenangkan??



Kecanggihan teknologi yang digunakan oleh pihak pengurusan hotel untuk memudahkan para pengguna.

Gambar 6 : Lengkap dengan tisu tandas dan tong sampah berwarna biru (untuk kegunaan wanita sahaja!!)


Bersih kan? Pasti pihak pengurusan amat mementingkan kebersihan dan mengarahkan tandas di bersihkan setiap masa.

Di manakah alat pengering tangan? Tisu? Tong sampah utama?
Jangan panik!!
Kalau anda panik, memang tak kan dapat jumpa..
Kerana rekabentuknya teramat lah unik sekali..
Tak percaya?

Gambar 7 : 3 serangkai..Dari atas : tisu, alat pengering tangan dan tong sampah


Model kami sedang menggunakan kemudahan yang disediakan.

Ketiga-tiga kemudahan ini diletakkan di sudut utama tandas ini iaitu berdekatan dengan pintu tandas tersebut.
Amat menyenangkan para pengguna!!

Gambar 8 : Sabun pencuci tangan pun disediakan.. (maaf..gambar nie blur sedikit)



Gambar 9 : Kedudukan sabun pencuci tangan yang strategik iaitu di berdekatan dengan sinki.

Gambar 10 : Untuk memastikan tandas sentiasa harum dan segar. Pewangi tandas diletakkan di sudut atas.

Kesimpulannya, Pihak pengurusan G Hotel memang menitik beratkan soal kebajikan para pengguna. Kebersihan tandas amat diutamakan.
Semua gambar yang ditunjukkan telah membuktikannya.
Adakah anda berminat untuk menginap di G hotel?
Untuk maklumat lanjut tentang G Hotel, anda boleh lah klik disini (promosi kejap..hehe..)

Berapakah bintang yang anda ingin berikan pada tandas G Hotel??
'Choice Is Yours'!!

2 comments:

  1. Yuenn was here (^_^)
    ** Tandas kat hotel mesti cantik..pihak hotel amat menjaga nama hotel dorang kan?
    Tapi memng cantik lah G hotel ni..

    ReplyDelete
  2. Hi Yuenn..
    Thanks 4 dropping by :)
    yap..pihak hotel amat memastikan kebersihan tandas..kalau tak jaga nanti pelanggan xpuas hati..terus bagi reputasi buruk kat hotel diorang kan..

    ReplyDelete