Monday, March 30, 2009

K.O.M.T.A.R

Kali nie, kami akan tunjukkan tandas awam di KOMTAR.
Tahukah anda apakah nama penuh bagi KOMTAR??


KOMTAR merupakan ringkasan kepada Kompleks Tunku Abdul Razak yang terletak di bandar Pulau Pinang. Nak kenal lebih lanjut tentang KOMTAR ni, anda boleh lah klik disini


KOMTAR , Pulau Pinang...




Komtar : Pandangan dari depan

Jom kita selidik tandas awam kat KOMTAR nie..


Ada 20 sen tak?? Nak masuk, kenalah bayar dulu..






Permandangan dalam tandas tersebut



Model kami sedang menggunakan kelengkapan yang disediakan


Kelengkapan yang berfungsi dengan baik

Masalah : Paip tidak dapat ditutup selepas digunakan
Tolong ambil tindakan!!
Pembaziran sedang berlaku...

Kipas pengering hanya terdapat di tandas awam komtar sahaja
( tempat kajian lain tiada kemudahan ini)


Tempat wuduk yang memudahkan para pengguna ( gambar atas)


'Sanitary bin' di sediakan bagi memudahkan pengguna wanita.


Bersih tanpa sebarang tisu


Tandas duduk..bersih tak?

Pernahkah anda semua menggunakan tandas di Komtar?
Adakah anda berpuas hati dengan kelengkapan tandas awam di situ?
Jom berkongsi pendapat tentang tandas awam di KOMTAR ..
Choice Is Yours!!!

Thursday, March 26, 2009

Bustand Sungai Nibong di Pulau Pinang.. Selalu pergi sini tak?..


Sebelum melangkah masuk, dah ada arahan untuk menjaga kebersihan tandas...
Jom kita masuk kat dalam pulak..
Tengok gambar kat bawah ni... Kipas tandas tu berhabuk kan.. nampak tak elok...







Ni lah pemandangan di dalam Tandas Awam Wanita yang terdapat di Bustand Sungai Nibong.. Biasanya, kami selalu pergi ke Bustand ini ketika mahu pulang ke kampung halaman semasa cuti semester.. Kebarangkalian untuk menggunakan tandas Sungai Nibong ini adalah sangat tinggi..


Didalam tandas ini, banyak arahan dan pesanan di dinding-dinding tandas ini yang bertujuan memberikan peringatan.. Hal ini meninggalkan kesan yang positif kerana semasa menggunakan tandas, pengguna akan diberikan peringatan untuk menjaga kebersihan tandas yang telah digunakan...


Ini adalah tandas mangkuk duduk yang terdapat di sini.. Terdapat tong sampah di dalam tandas, jadi sampah seperti tisu boleh dibuang ke dalam tong tersebut...



Alamak, masih ada sampah di luar tong sampah... Sedangkan dah ada tong sampah di dalam tandas tu.. Kenapa kah ini selalu terjadi... Tandas ini nampak kotor kan.... Nampaknya selepas pengguna menggunakannya, tandas ini tak dibersihkan.. Nak kene tunggu pencuci tandas yang bersihkan... Susahla macam ni.. takkan setiap masa pencuci nak cuci je..


Pemandangan di segenap ruang di dalam tandas ini.

Bustand Sungai Nibong ni memang ramai sangat yang datang daripada segenap tempat... Bustand ni dikira yang terbesar di Pulau Pinang.. Takkan sebab tu tandasnya tak bersih kan... ramai sangat yang menggunakannya.. Mustahil kan.. Sepatutnya bagi imej yang baik pada pengunjung yang datang kat Bustand ni... Bukan sebaliknya.. Nampak tak yang bilik air tu kotor kan... Apa kata anda.. Mesti anda pernah melalui situasi ini... Apa perasaan anda?.. Choice Is Yours..!!!!!!

Wednesday, March 25, 2009

PERANGIN MALL..apa pandangan anda..??


Jom kita tinjau apa yang ada kat dalam Tandas Awam Kat Perangin Mall..
Perangin Mall ni terletak kat pusat bandar Pulau Pinang..


Sebelum masuk dalam tandas ni, kene bayar tau.... bayar, jangan tak bayar.. tapi kalau kene bayar, agak-agaknya macam mana bahagian dalam tandas tu ek?... Jom kita tengok...


Ha, pemandangannya tak berapa nak cantik kan... dah la kene bayar... Kami masuk 3 orang skali, jadinya kos kami adalah 60 sen.. tak berbaloi kan...


Tengok ni, alas getah kat lantai ni da berkulat... Kotor plak tu...


Sabun tangan ni da kosong tau.. tak ada isi...




Tengok betul-betul.. Pemandangan kat bawah singki ni... Tak berapa elok...










Ni plak pemandangan kat dalam tandas.. Tandas duduk ni lengkap ngn pemegang kat tepi tu... tandas ni untuk memudahkan golongan OKU...





Secara keseluruhannya, tandas awam kat dalam Perangin Mall ni tak berbaloi dengan harga yang perlu dibayar untuk menggunakan tandasnya.. Bukankah sepatutnya kalau tandas tu perlu dibayar, mestilah kita menjangkakan perkhidmatan yang terbaik.. tapi tandas ni serupa kalau kita gunakan tandas yang percuma.. kalau nak tau, sepanjang kami berada dalam tandas ni, baunya memang tak menyenangkan.. Asyik nak tutup hidung saja... Busuk...
jadi, apa pandangan dan komen anda?.. Mesti anda pernah menggunakan tandas yang mempunyai kriteria macam ni.. Busuk, Kotor, tapi kene bayar... tak patut kan... Salah siapa?....
Renung-renungkan... Choice Is Yours!!!!!!!
Posted by Hani...

Monday, March 23, 2009

Lagu Tandas Awam Malaysia

Pernah kah anda mendengar atau melihat rakaman video klip lagu Tandas Awam Malaysia?
Lakonan Osman Kering dan Opie Cecupak..
Klip video ini pernah disiarkan di RTM.

Untuk mendengar lagu tersebut, sila klik link ini - :



http://www.esnips.com/doc/5f62c072-1828-47f0-a677-e42b895590ba/ropie__osman_kering_-_tandas_berkualiti-lite


Di sini, kami sertakan lirik lagu tersebut..
Jom nyanyi sama-sama :)

Dulu tidak kisah tapi kini kena jaga,
Dulu kita simbah tapi kini senang sahaja,
Masuk bilik tandas walau cepat walau gegas,
Lepas guna, 'flush' bagi bersih baru kelas,
Walau Tandas awam perlu jaga kebersihan,
Bagi kesedaran secara berterus-terusan,
Supaya berkualiti dalam hidup seharian,
Tandas bersih, tandas selesa hidup berwawasan,

Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,

Di tandas awam ramai orang yang berpusu,
Ada yang kena bayar,
Ada juga main serbu,
Walau apa cara kita perlu bersatu,
Tandas kita bersih,
Masyarakat kita maju,

Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,

Dengan ini, terbuktilah bahawa kerajaan Malaysia juga telah mengadakan kempen kesedaran
kepada orang awam mengenai Tandas Awam.
Lagu atau klip video tersebut adalah di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Selain daripada RTM, stesen radio ( Hot Fm ) juga turut mengadakan kempen Tandas Awam bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam.

Namun berjayakah kempen tersebut?
Semuanya terletak di tangan anda semua..
Choice Is Yours!!!

Pasaraya GIANT di Pulau Pinang...

Permandangan sebelum melangkah masuk kedalam pasaraya ini..
Jom kita tengok apa yang berlaku di dalam sana..




Ha.. Tengok ni, ada syarikat yang buat pameran dan jualan 'mangkuk tandas'.. Syarikat Coway ni menawarkan perkhidmatan 'mangkuk tandas' yang serba canggih yang mana tandasnya lain daripada yang lain.. Produk terbaru keluaran Syarikat Coway... Tekun betul dia menerangkan tentang 'mangkuk tandas' tersebut.


Ni pulak kita beralih ke dalam tandas yang terdapat di dalam pasaraya ini.. Tengok tu, laju betul kipas tu berpusing, tujuannya untuk mengeringkan tandas..



Sabun pembasuh tangan ini nampaknya sudah tiada isi lagi... Puas kami tekan, tapi tidak ada sabun yang keluar...





Pemandangan di dalam tandas GIANT.. Nampak bersinar-sinar kan.. Mari kita tengok dengan lebih mendalam lagi.....




Wow.... baru jengah masuk ke dalam tempat 'membuang air' sudah nampak tisu yang bersepah di atas tong 'Sanitary Pad'.. Nampaknya dah salah digunakan ni... Tu bukannya tong sampah, tapi dibuangnya tisu di luar tong itu... Macam mana la nak bersih...
Inilah yang selalu menjadi masalah... Kalau ada tisu, selalu saja dibuang merata... Kesian dengan tukang pembersih.... tak pernah berhenti melakukan kerja pembersihan... Mentaliti masyarakat Malaysia ini tak pernah berubah walau di mana pun kami kaji... Setakat ini, tandas dekat dalam Hotel sahaja yang kelihatan clean & clear.. Kenapa jadi begitu?...
Semuanya di tangan anda...
Choice is Yours... !!!!!!!!!!!!!!!!

Plaza Gurney, Jom Kita Singgah...

Ni la pemandangan dekat luar Plaza Gurney yang terletak berhadapan dengan Persiaran Gurney, Pulau Pinang...
Jom kita tinjau tandas awam yang ada kat dalam Plaza Gurney ni..
Tengok, jangan tak tengok..!!!!!!




Tengok simbol ni, tandanya kita menuju ke tandas...

Mari kita 'check' tandas wanita kat Plaza Gurney ni....

Pemandangan di sepanjang pintu bilik air yang terletak berhadapan dengan cermin dan juga tempat membasuh tangan.. Nampak tersusun dan kemas kan...

Ada juga tempat membuang air kecil bagi budak lelaki... Macam ni memudahkan semua orang kan.. Tinjaun permulaan memberikan pandangan yang positif pada tandas awam ni.. Tapi tak pe, jom kita tengok dengan lebih mendalam lagi...






Hmmm.. ada dua jenis tandas yang boleh digunakan.. sama ada pengguna lebih selesa menggunakan 'mangkuk tandas duduk' ataupun yang sebaliknya... tapi tengok tu, salur air tu terletak kat bawah... eee...sepatutnya digantung selepas digunakan.. boleh menyebarkan bakteria la....

Alat pengering tangan boleh digunakan dengan baik...

Sabun tangan ni pun masih ada lagi...
Jadi, segala kemudahan yang ada kat dalam tandas awam ni bukan hanya sekadar hiasan, tetapi boleh digunakan secara bersama..
Apa kata anda???.... setelah ditinjau dan diselidik, Plaza Gurney ni merupakan 'Commercial Building' yang berstatus tinggi... Wajarlah tandas awamnya juga memberikan perkhidmatan yang tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan tandas awam yang lain.. Walaupun mungkin ada yang kurang menarik di mata, namun ianya masih lagi mampu memuaskan hati penggunanya.. Berapa 'bintang' agaknya tandas awam ni?.. Apa komen anda?... Tinggalkan komen anda di bawah ini...
Choice Is Yours!!!!!!!!.....

Thursday, March 19, 2009

yummy..yummy....



wow!! yummy...yummy......



Apakah perasaan anda sebalik sahaja melihat gambar-gambar di atas?
  1. Adakah anda mengidamkannya?
  2. Terus tekak anda menjadi dahaga?

Pasti selepas nie, anda akan menuju ke mana-mana kedai untuk membelinya dan menikmatinya.. :)

TETAPI.....

Bolehkah anda bayangkan di mana tempat yang paling 'best' untuk menikmatinya? Sudah pasti di tempat seperti di gambar ini..

Keseronokkan menikmati bersama keluarga di tempat yang mendamaikan
Tetapi...Boleh kah anda bayangkan menikmati kelazatan aiskrim di dalam tandas?
Yerks...Tidak dapat di bayang kan!!
Tandas merupakan tempat untuk 'melepaskan hajat' bukan untuk menikmati aiskrim laa!!
Dan selepas menikmati aiskrim, 'mereka' membuang bekas dan pembalut aiskrim ke dalam tangki tandas.


Bekas aiskrim yang didapati di dalam tangki tandas

Pandangan dari hadapan : Nampak macam bersih je.. Tapi tiada kelengkapan yang mencukupi


Cuba tengok!!!
Bekas aiskrim yang dibuang di dalam tangki tandas.
' Curi-curi makan ke?? sedap sangat sampai tak nak berkongsi?'

Kekurangan sesuatu di situ..Dapatkah anda teka??


Kami tidak pasti samada bekas tersebut di buang selepas di nikmatinya atau digunakan untuk tujuan lain. Untuk pengetahuan anda, di situ hanya terdapat satu tandas sahaja dan berada di aras satu dalam Pasaraya tersebut.
Kedudukan tandas tersebut sukar ditemui kerana berada di hujung aras tersebut.
Pelbagai kemungkinan boleh berlaku kerana kedudukan tandas tersebut yang tersorok.


'Sign board' yang bagus kerana lengkap dengan peringatan tetapi adakah ianya benar-benar ikuti?