Thursday, April 16, 2009
come & please come again & again...
Komen-komen tersebut menununjukkan betapa kami menghargai segala komen yg kalian tunjukkan pd kami.. dan juga isu yg melanda dlm negara kita...
Stay with us.. kami masih lg akan memberikan anda info-info terkini mengenai tandas awam yg akan kami temui dlm lingkungan kawasan yg lebih meluas lg...
CHOICE IS YOURS akan bersama anda sentiasa....
Thursday, April 2, 2009
Komen anda tentang tandas di Terminal Bas Batu Pahat
2. do you pay to use it?
3.yes...i have to pay everytime when i use it... it cost maximum until 30sen... it's not fair!! i pay to use the best servise.. am i right???
4.ermm..it's right... it's happen anywhere.. sometimes, in a big city, everytime we use, we must to paid it.. even the service its not as good as the price....
5.we should be more responsible to our toilet....healthy life start with toilet
wake up..malasyian
6.yup....everyone should support & take their own responsibility to change the mindset of us. lets us together to take this responsibility to rebuild our own concept of clean and clear about our toilet..
7.I think malaysians are brilliant and we do know what's the best for us and how to take good care of the toilet... it's just that we are lazy to act and we are not civilize enough....
Let's together help to reconstrust Malaysians..
Taking care of the toilet is for the benefit for everyone and not for a particlar party only....
THINK AND ACT TO ACHIEVE!!!!!
8.yeah.. im very sad n dissapointed about our public toilet in malaysia too.. im very fed up to use some toilet that very dirty,smelly n sometime hav some faeces in toilet bowl..hehe sori bout it..i cant giv any star 4 this toilet cause its so disgusting and not comfortable when we use it..
hope, we as malaysians should be responsible n taking care 4 our public toilet ..
cleanNclear is one of the way for ISLAMIC LIFE !!! -tizana-
9.yucky!! I would give no star.. it's bad.. some more we have to pay.. apa lah punya management kan..
10.Sebagai pengguna, setiap daripada kita juga perlu membantu menjaga kebersihan tandas kerana kebersihan adalah separuh daripada iman. (",)
11.Dalam usaha memelihara kebersihan tandas awam, aspek budaya pengguna tandas awamlah yang merupakan faktor paling rumit untuk diubah dan ditangani. Ini kerana ianya melibatkan perubahan “ mind set” dan sikap orang ramai.
so. how to solve this problem...?
Komen anda semua
- i think this toilet it ok, clean but not much clean.. why?? u all think.. n then this toilet almost not have tissue...i don't know why...maybe tissue not important or it finish in market..
- looks okay tapi wire hose tu letak kat bawah.. yucckyy.. geli sikit.. tapi not that bad.. boleh la.. 3* ;)
- i used to go window shopping here in Queensbay mall n for me i give A to their toilet. each floor hv toilets n its clean n convenient. meet their status as 4 star megamall rite?
- yap...queensbay mall toilet's are known as a high class toilet according to their shopping mall... it's looks like it is the best ever toilet as same as in the gurney plaza toilet..
- sometimes i was wondering why the high class toilet has a dirty problem.. sometimes the toilet is nice but it's also have the rubbish outside the basket... i wonder why....
- 1) i suka ini toilet di Queens sebab besar. 5 bintang.2) kebersihan 3 bintang 3) markah extra sebab ada sink untuk kids, and kalau p kat women toilet, ada toilet yang untuk toilet bowl for mommy and kids...memang bagus la idea tu....SO I BAGI 4 BINTANG LA!!
Komen Anda-Semua PART II
Post : THIS STORIES>>> "kisah hajat yang hampir terbantut..."
- Actually..kat Cheneh Resort kat Kemaman pun cam tu jugak..toilet bentuk pokok..comel lah sangat tapi terkunci..kadang-kadang bila masuk..Eee..yerks!kotor vs rosak sane sini!!tapi tue dulu lah..harap2 skarang tak lagik ;)
- kenape kat taman rekreasi macam tue?Selalunya orang akan menjaga apa yang tersurat lebih dari yang tersirat..macam manusia yang lebih menjaga muka daripada bau badan..huahuahua..tiap kali masuk tandas mandi muka je..badan tak mandi..huhu..komenla saya punye blog plak..=)
Arkib KKKRPortal Portal
website KKKRPortal Portal ( Klik disini untuk terus ke website tersebut)
Kami ingin berkongsi maklumat tersebut dengan anda-semua.
Jom baca :)
KETIKA Tahun Melawat Malaysia 2007, ramai pelancong memberi komen yang baik akan negara kita kecuali komen negatif mengenai tandas awam dan tandas di kedai kopi serta tempat makan lain.
Walaupun banyak kempen dilakukan mengenai kebersihan tandas awam, kita belum banyak mencapai kejayaan dan isu tandas awam yang kotor masih hangat diperkatakan.
Baru-baru ini ada laporan mengenai tandas untuk orang kurang upaya (OKU) dalam keadaan daif. Isunya bukan saja mengenai tandas untuk OKU, malah tandas biasa pun tidak bersih dan diselenggara.
Contohnya Perhentian Rehat Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT). Saya selalu menggunakan tandas di perhentian rehat berkenaan dan setiap kali singgah saya mendapati kebersihan tandas itu amat tidak memuaskan, busuk dan kotor. Malah tandas di perhentian rehat di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan yang pada satu masa dulu bersih, kini tidak lagi dapat dibanggakan.
Kita amat bagus dalam membangunkan projek dan menyediakan bangunan moden serta peralatan canggih, tetapi masih ketinggalan dalam menyelenggarakan dan memastikan bangunan dan peralatan itu berfungsi dengan baik.
Dalam menjalankan tugas, saya sering berjalan ke serata pelosok negara dan mengunjungi banyak dewan orang ramai untuk menghadiri perhimpunan atau seminar. Sering kali saya mendapati kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan buruk terutama tandas.
Isunya bukan hanya tandas. Bagaimana pula dengan longkang, jalan, lorong belakang, taman awam, stesen bas dan teksi, yang juga tidak diselenggara dengan baik dan mungkin juga tidak selamat dan diabaikan.
Sudah sampai masanya untuk semua pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, sektor swasta dan semua rakyat Malaysia memberikan perhatian kepada kelemahan dalam bidang keselamatan, perkhidmatan dan penyelenggaraan ini dan melakukan sesuatu mengenainya.
Penyelenggaraan dan perkhidmatan tidak pernah menjadi kekuatan kepada negara kita walaupun
Untuk memastikan Malaysia menjadi negara kelas pertama dengan prasarana bertaraf dunia juga memerlukan perkhidmatan dan penyelenggaraan taraf dunia.
Meningkatkan imej negara bukan saja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, pemilik bangunan dan industri perkhidmatan semata-mata, tetapi juga tanggungjawab semua rakyat di negara ini.
Setiap rakyat hendaklah mempunyai kesedaran sivik. Mereka hendaklah menggunakan kemudahan awam dengan penuh bertanggungjawab, tidak membuang sampah merata-rata dan berhati-hati terhadap keselamatan dan menjaga alam sekitar. Semua ini adalah sikap yang perlu disematkan dan disuburkan sejak kecil lagi.
Pendapat kami : Betul sekali :)
Arkib MDTC : Restoran mamak akan kenakan caj tandas
mendapat sebarang penyelesaian.
Bersetuju kah anda dengan pendapat kami??
Jika jawapan anda setuju- sila angguk sekali :)
Untuk 'post' kali nie, kami nak tunjukkan satu lagi arkib berita daripada MDTCA
yang bertajuk 'Restoran Mamak Akan kenakan Caj Tandas' bertarikh 6 February 2007
Sebelum anda komen, jom baca berita tersebut terlebih dahulu.
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Restoran mamak sedang berura-ura mengenakan bayaran bagi menggunakan tandas di tempat mereka, sebagaimana dilakukan oleh sesetengah pasaraya dan kompleks membeli belah ketika ini. Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Jamarulkhan Kadir berkata caj masuk tandas itu perlu kerana selama ini mereka menanggung kos menyelenggara tandas yang bukan saja digunakan oleh pelanggan tetapi orang awam. Katanya, mungkin selepas mengenakan caj tandas, tandas akan sentiasa bersih kerana restoran mampu mengupah penyelenggara tandas tetap. "Kami ibarat membuka tandas awam dengan percuma di tengah bandar kerana kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan tandas awam yang mencukupi," katanya kepada Bernama. Namun, Jamarulkhan berkata itu adalah cadangannya secara peribadi dan belum dibincangkan pada mesyuarat persatuan. Beliau berkata, jika PBT, pasaraya dan kompleks membeli belah boleh mengenakan caj tandas kepada pelanggan, mengapa restoran mamak tidak boleh. Jamarulkhan berkata beliau menyambut baik jika pihak PBT sanggup mengambil alih tandas di restoran tanpa sewa disebabkan kurangnya tandas awam di bandar-bandar. "Mereka juga boleh menggaji pekerja khas menjaga tandas," katanya. Beliau berkata berdasarkan maklumat persatuan, pengusaha restoran mamak telah banyak membuat peningkatan keindahan restoran dan tandas demi keselesaan pelanggan. -- BERNAMA
Adakah anda bersetuju?
Pendapat kami : kami bersetuju tetapi mesti lah tandas awam tersebut betul-betul bersih, kelengkapan dan kemudahan mencukupi.
Jangan jadi macam di segelintir tandas awam yang berbayar.Kena bayar tapi kemudahan dan kelengkapan tahap 'gagal'. Berbaloikah bayaran dibuat??
Choice Is Yours!!
Sumber Berita : MDTC
Arkib Utusan Online : Natef 2008 bentang 11 topik kebersihan tandas
Hari nie, kami nak berkongsi sesuatu dengan anda-semua..
Apa agaknya ye??
Masih lagi dengan topik yang berkisar tentang ' Tandas Awam'..
Semalam, kami telah mencari maklumat tentang tandas awam dan terjumpa
satu berita dari Arkib Utusan Online ..
Berita tersebut telah dipaparkan pada 1o November 2008 dalam Utusan Online
Sebaik sahaja membaca berita tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa
kerajaan Malaysia sememangnya memandang serius tentang masalah tandas awam nie..
Nak tahu lebih lanjut kandungan akhbar tersebut??
Jom baca artikel di bawah nie :) atau anda klik disini untuk terus link kepada Utusan Online
SEREMBAN 9 Nov. - Orang ramai di negeri ini dijemput menghadiri Ekspo dan Forum Tandas Kebangsaan (Natef) 2008 yang akan membentangkan 11 topik kebersihan tandas di sebuah pusat peranginan dekat sini pada 12 dan 13 November ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, seramai 11 penceramah dari dalam dan luar negara akan membuat pembentangan sepanjang program anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan negeri, MPS dan Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM).
''Topik-topik yang dibentangkan dalam forum bertujuan memberi maklumat serta pendedahan terkini tentang pengurusan dan informasi tandas kepada peserta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Pengerusi Persatuan Tandas Jepun (JTA), Koo U E akan membentangkan topik 'Pengalaman Persatuan Tandas Jepun (JTA) Dalam Kejayaan Meningkatkan Kesedaran Sivik Di Jepun Terhadap Kempen Tandas Bersih.'
Selain itu kata Abd. Halim, dua lagi penceramah luar negara iaitu Pengerusi Persatuan Tandas Nepal, Megha Raj Regmi serta wakil Kementerian Kesihatan Thailand masing-masing akan membentangkan topik 'Kaedah Berterusan Terhadap Pengurusan Sisa Kumbahan: Pengalaman Di Nepal' dan 'Kejayaan Kempen Tandas Bersih: Pengalaman Di Thailand.'
''Pengerusi Eksekutif Prished Consultants International, Kol. Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Adat Berkampung Kampung Dipertahankan, Berbandar Bandar Dipertahankan.
''Di samping itu, Presiden QRAM Sabah, Datuk K.H. Chua dijadual membentangkan topik 'Kempen Tandas Bersih Di Sabah," katanya.
Beliau berkata, Pengarah Urusan PLUS Expressway, Noorizah Abd. Hamid akan menyampaikan topik 'Tandas Berkualiti dan Bersih: Contoh Kepada Pengendali Tandas Awam Lain' manakala Pengarah Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ir. Y. M. Hooi akan membentangkan ceramah bertajuk 'Tandas Kotor Sifar Komitmen Kita.'
Abd. Halim memberitahu, wakil Kementerian Pelancongan akan membentangkan topik 'Tandas Berkualiti Menunjukkan Imej Positif Kepada Pelancong Kita: Kejayaan Sampai Kini, Perancangan Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang.'
Katanya, Pengurus Besar Bahagian Kebersihan, Rentokil Initial (M) Sdn. Bhd., Carol Lam akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Tabiat Menggunakan Tandas' dan Pengurus Besar Goh Ban Huat Sdn. Bhd., A. C. Tan akan membentangkan topik 'Tandas Jualan Automatik.'
Katanya, wakil DOE Industries Sdn. Bhd., Norwati Jamaludin, akan membentangkan ceramah bertajuk 'Penjimatan Air.'
Pendapat kami : Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan tandas awam. Pihak kerajaan sudah memainkan peranan mereka selaku pentadbir negara. Bagaimana dengan kita pula??
Apa harus kita buat??
- 'Flush' selepas menggunakan tandas awam
- Buang sampah ke dalam tong sampah.
- Menggunakan kemudahan dengan baik
Choice is Yours!!
U-Wartawan-Astro Awani pada 16 Mac 2009 'KUALITI TANDAS AWAM'
Siaran U-Wartawan pada 16 Mac 2009 yang lalu telah mempamerkan blog kami iaitu choice is yours sebagai sumber informasi rancangan tersebut. Rancangan tersebut yang mebicarakan tentang KUALITI TANDAS AWAM dan mempunyai 3 episod telah cuba mendengar pendapat dan pandangan rakyat Malaysia, serta membandingkan tandas awam yang terdapat di Malaysia dan juga yang terdapat di luar negara.
Untuk melihat video klip tersebut, sila klik link U-Wartawan. Dengan munculnya rancangan tersebut, terbukti bahawa banyak pihak yang mengambil berat tentang masalah tandas awam terutamanya di Malaysia yang perlu bersaing dengan tandas awam di luar negara.
Luangkan masa anda untuk melihat video klip itu kerana anda yang tentukan apa yang anda mahukan.. CHOICE IS YOURS......
Monday, March 23, 2009
Lagu Tandas Awam Malaysia
Lakonan Osman Kering dan Opie Cecupak..
Klip video ini pernah disiarkan di RTM.
Untuk mendengar lagu tersebut, sila klik link ini - :
http://www.esnips.com/doc/5f62c072-1828-47f0-a677-e42b895590ba/ropie__osman_kering_-_tandas_berkualiti-lite
Di sini, kami sertakan lirik lagu tersebut..
Jom nyanyi sama-sama :)
Dulu tidak kisah tapi kini kena jaga,
Dulu kita simbah tapi kini senang sahaja,
Masuk bilik tandas walau cepat walau gegas,
Lepas guna, 'flush' bagi bersih baru kelas,
Walau Tandas awam perlu jaga kebersihan,
Bagi kesedaran secara berterus-terusan,
Supaya berkualiti dalam hidup seharian,
Tandas bersih, tandas selesa hidup berwawasan,
Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,
Di tandas awam ramai orang yang berpusu,
Ada yang kena bayar,
Ada juga main serbu,
Walau apa cara kita perlu bersatu,
Tandas kita bersih,
Masyarakat kita maju,
Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,
Dengan ini, terbuktilah bahawa kerajaan Malaysia juga telah mengadakan kempen kesedaran
kepada orang awam mengenai Tandas Awam.
Lagu atau klip video tersebut adalah di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Selain daripada RTM, stesen radio ( Hot Fm ) juga turut mengadakan kempen Tandas Awam bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam.
Namun berjayakah kempen tersebut?
Semuanya terletak di tangan anda semua..
Choice Is Yours!!!
Saturday, March 14, 2009
Bayangkan!!!!
- Terdapat beratus-ratus tandas awam di Malaysia, malahan terdapat lebih 40 tandas awam di Pulau Pinang,
- tetapi di manakah tandas yang paling bersih yang pernah anda masuk?? atau di manakah tandas paling kotor yang pernah anda masuki???
- Tentu anda ingat kan??? (~_^)
- "Adakah susah bagi kita untuk menentukan tandas yang bersih, selesa, memberikan ketenangan jiwa dan damai apabila kita memasukinya???"
- Sepatutnya tandas awam disediakan sebagai kemudahan kesihatan.. Bayangkan apa akan terjadi jika kita tidak dapat menggunakan tandas??? Tentu teruk kan??
- Alangkah bagus jika tandas awam di negara kita, tidak kira tempat, bersih, berbau harum dan mempunyai alunan muzik.... WOW..can u imagine???
- Tak pun dibina seperti satu tandas yang terdapat di Tasik Titiwangsa KL.. Tentu anda pernah menjumpainya kan?? Hanya 20 sen dan anda boleh 'menikmati' suasana tandas seperti di hotel 15 bintang.. Tetapi ia hanya untuk 15 minit sahaja.. Tandas ini mungkin telah lamapun wujud di sini sejak Eye of Malaysia ada (sekarang dah berpindah ke Melaka, merajuk kot...)
- Untuk menggunakannya, kita hanya perlu memasukkan 20 sen dan pintu tandas akan terbuka secara otomatik. Suasananya betul-betul seperti ketika kita hendak memasuki lif.
Setelah masuk, kita perlu menekan butang untuk menutup pintunya.Maka bermulalah segalanya...
- Lengkap dengan hawa dingin, lampu yang mapal seperti dalam kelab malam, di dinding pula, berbagai lekapan seperti alat untuk menukar lampin bayi, tisu, sinki, lubang tandas, penghadang besi untuk golongan OKU dan beberapa lagi yang saya pun tak tahu apa gunanya.
Yang pasti, di dalamnya adalah kawasan larangan merokok. Apa yang penting, wang kita yang dibayar 20 sen untuk melaksanakan hajat kita berbaloi jika nak dibandingkan dengan tandas lain yang mencecah 50 sen kan!!
- Tetapi tak tahu la, apa akan jadi sekiranya kita menggunakannya melebihi 15 minit..Sama ada pintu akan terbuka sendiri atau terperangkap.. Wallahualam.. Dapat anda semua teka apa akan berlaku?? Silalah bagi tahu tekaan anda itu di ruangan komen ini ok>>.....
- p/s: maaf sebab tidak dapat untuk memaparkan gambar tandas tersebut di sini....Tak tahu la, tandas tersebut masih ada atau tidak....
Friday, February 20, 2009
Result of Clean & Clear Survey
'WHAT DID YOU THINK ABOUT SERVICES OF PUBLIC TOILET IN MALAYSIA'..
After 3 weeks the survey appear, this is the results :
** 51 % of the voters are agree that public toilet in Malaysia is dirty
** 43% of the voters agree that public toilet in Malaysia is very dirty
**6% of the voters agree that public toilet in Malaysia is not so dirty
This results show that it's really hard to find the really good toilet with the good services in Malaysia.There is no one of the voters says that public toilet in Malaysia is clean & clear..
So, everything is on our hand.. we can change from the bad side to the positive side..
it's all the choices is yours.... you all made the decision!!!!!!.............
stay with us for more information...!!!!!!!
Wednesday, February 18, 2009
WelCoMe BacK with Clean & Clear...
wait for our new post....
Last week, three of us go around Penang ( just around this Pulau) to find and snap the picture of public toilet and post it up in this blog....
Fuhh...it's really wonderful and challenging journey... ( because tak tau jalan kat Penang ni, main redah je..)
With 1 rent car, we try to stop wherever there is commercial building..
in addition to get picture of the public toilet, we also can release our tension when we can get together to certain place..
we go in the morning, and going back after sun goes down..
and the moon were ready to wake up..
picture three of us also there, to be a memory of us...
it's was a happy day with new spirit!!!!!!!..
many place we go, many post we can make it..
we will share many types of public toilet in Penang...
Hopefully there's many information to share with all....
our finding and research are not stop like that....
more and more surprise will come to you....
see you all soon.. have a nice day with clean & clear life....