Thursday, April 2, 2009

Arkib Utusan Online : Natef 2008 bentang 11 topik kebersihan tandas

Hi everyone...
Hari nie, kami nak berkongsi sesuatu dengan anda-semua..
Apa agaknya ye??
Masih lagi dengan topik yang berkisar tentang ' Tandas Awam'..
Semalam, kami telah mencari maklumat tentang tandas awam dan terjumpa
satu berita dari Arkib Utusan Online ..
Berita tersebut telah dipaparkan pada 1o November 2008
dalam Utusan Online
Sebaik sahaja membaca berita tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa
kerajaan Malaysia sememangnya memandang serius tentang masalah tandas awam nie..
Nak tahu lebih lanjut kandungan akhbar tersebut??
Jom baca artikel di bawah nie :) atau anda klik disini untuk terus link kepada Utusan Online

SEREMBAN 9 Nov. - Orang ramai di negeri ini dijemput menghadiri Ekspo dan Forum Tandas Kebangsaan (Natef) 2008 yang akan membentangkan 11 topik kebersihan tandas di sebuah pusat peranginan dekat sini pada 12 dan 13 November ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, seramai 11 penceramah dari dalam dan luar negara akan membuat pembentangan sepanjang program anjuran bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan negeri, MPS dan Persatuan Bilik Air Berkualiti Malaysia (QRAM).
''Topik-topik yang dibentangkan dalam forum bertujuan memberi maklumat serta pendedahan terkini tentang pengurusan dan informasi tandas kepada peserta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, Pengerusi Persatuan Tandas Jepun (JTA), Koo U E akan membentangkan topik 'Pengalaman Persatuan Tandas Jepun (JTA) Dalam Kejayaan Meningkatkan Kesedaran Sivik Di Jepun Terhadap Kempen Tandas Bersih.'
Selain itu kata Abd. Halim, dua lagi penceramah luar negara iaitu Pengerusi Persatuan Tandas Nepal, Megha Raj Regmi serta wakil Kementerian Kesihatan Thailand masing-masing akan membentangkan topik 'Kaedah Berterusan Terhadap Pengurusan Sisa Kumbahan: Pengalaman Di Nepal' dan 'Kejayaan Kempen Tandas Bersih: Pengalaman Di Thailand.'
''Pengerusi Eksekutif Prished Consultants International, Kol. Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Adat Berkampung Kampung Dipertahankan, Berbandar Bandar Dipertahankan.
''Di samping itu, Presiden QRAM Sabah, Datuk K.H. Chua dijadual membentangkan topik 'Kempen Tandas Bersih Di Sabah," katanya.
Beliau berkata, Pengarah Urusan PLUS Expressway, Noorizah Abd. Hamid akan menyampaikan topik 'Tandas Berkualiti dan Bersih: Contoh Kepada Pengendali Tandas Awam Lain' manakala Pengarah Jabatan Saliran dan Pengurusan Sungai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ir. Y. M. Hooi akan membentangkan ceramah bertajuk 'Tandas Kotor Sifar Komitmen Kita.'
Abd. Halim memberitahu, wakil Kementerian Pelancongan akan membentangkan topik 'Tandas Berkualiti Menunjukkan Imej Positif Kepada Pelancong Kita: Kejayaan Sampai Kini, Perancangan Jangka Pendek, Sederhana dan Panjang.'
Katanya, Pengurus Besar Bahagian Kebersihan, Rentokil Initial (M) Sdn. Bhd., Carol Lam akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Tabiat Menggunakan Tandas' dan Pengurus Besar Goh Ban Huat Sdn. Bhd., A. C. Tan akan membentangkan topik 'Tandas Jualan Automatik.'
Katanya, wakil DOE Industries Sdn. Bhd., Norwati Jamaludin, akan membentangkan ceramah bertajuk 'Penjimatan Air.'


Pendapat kami : Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan tandas awam. Pihak kerajaan sudah memainkan peranan mereka selaku pentadbir negara. Bagaimana dengan kita pula??
Apa harus kita buat??
  1. 'Flush' selepas menggunakan tandas awam
  2. Buang sampah ke dalam tong sampah.
  3. Menggunakan kemudahan dengan baik
Ada sesiapa nak komen??
Choice is Yours!!

Which is the BEST & Which is the CLEAN & CLEAR???

Mari kita sama-sama renung-renungkan..

Setelah kami pergi ke semua tempat kajian kami, kami boleh menyimpulkan bahawa terdapat tandas awam tertentu yang boleh dikategorikan sebagai kotor dan juga tandas yang paling bersih.. Setujukah anda?....
Setelah diimbas kembali, kami bersetuju bahawa:
****TERMINAL BAS BATU PAHAT,JOHOR merupakan tandas yang paling kotor..
(buktinya, hani yang masuk dan tak sanggup nak masuk, tapi kene masuk untuk menjadi bahan kajian kami).. kene bayar 30 sen tau masa nak masuk..tak berbaloi...
****manakala, sudah tentunya G HOTEL yang terletak di PULAU PINANG merupakan tandas yang paling bersih.. CLEAN & CLEAR.. (you can sleep inside it)..

Apa kate anda?..... Bagi kami, anda dan kami sama-sama tentukan..

YOUR CHOICE IS YOURS...
AND OUR CHOICE IS FOR US..
CHOICE IS YOURS..!!!!!!!!!!!

U-Wartawan-Astro Awani pada 16 Mac 2009 'KUALITI TANDAS AWAM'

Salam..
Siaran U-Wartawan pada 16 Mac 2009 yang lalu telah mempamerkan blog kami iaitu choice is yours sebagai sumber informasi rancangan tersebut. Rancangan tersebut yang mebicarakan tentang KUALITI TANDAS AWAM dan mempunyai 3 episod telah cuba mendengar pendapat dan pandangan rakyat Malaysia, serta membandingkan tandas awam yang terdapat di Malaysia dan juga yang terdapat di luar negara.
Untuk melihat video klip tersebut, sila klik link U-Wartawan. Dengan munculnya rancangan tersebut, terbukti bahawa banyak pihak yang mengambil berat tentang masalah tandas awam terutamanya di Malaysia yang perlu bersaing dengan tandas awam di luar negara.
Luangkan masa anda untuk melihat video klip itu kerana anda yang tentukan apa yang anda mahukan.. CHOICE IS YOURS......

Wednesday, April 1, 2009

Tandas di SOGO Complex, Kuala Lumpur

Pertama sekali mohon maaf sebab tak dapat nak kongsi gambar di hadapan tandas tersebut sebab kekangan-kekangan yang terjadi......

Kompleks Sogo memang terkenal dan menjadi tumpuan ramai untuk membeli-belah, terutama ketika adanya jualan murah... Kompleks ini merupakan sebuah kompleks yang besar dan nampak sofistikated dari segi hiasan dalaman mahupun luarannya...Termasuklah tandasnya....

Ketika leka membeli-belah, tentu sahaja kita ingin ke tandas bagi melepaskan hajatkan, terutama bagi anak-anak kecil. Pada pendapat kita, tentu sahaja tandas di sini bersih dan selesa. Tapi adakah andaian anda benar??

Jom kita tinjau di dalam tandas tersebut...




[ Pandangan di dalam salah sebuah tandas yang terdapat di situ ]

Apa pendapat kita????

- memang tandas tersebut nampak ok, bersih tetapi ada banyak kekurangan seperti; tisu tandas, wayar yang pendek malah tidak dapat disangkut pada penyangkutnya dan tidak ada tempat penyangkut barang.




[ pandangan secara dekat tandas tersebut ]

- wayar 'hose' berada berdekatan lubang tandas - ini menyebabkan pengguna 'geli' untuk memegangnya.

- terdapat tisu yang dibuang sekitar lubang tandas tersebut.




[ takungan air di sekitar dalam tandas ]

- terdapat air bertakung di dalam tandas tersebut, ini menyebabkan pengguna terpaksa mengangkat pakaian mereka dengan hati-hati.

- air tersebut menyebabkan ketidak selesaan kepada pengguna - menyebabkan pergerakan menjadi terbatas.




[gambar diambil di di dinding dalam tandas tersebut]

- masih terdapat juga manusia yang suka menconteng dinding tandas, nampak berseni tetapi kurang bijak bila ia di lakar di dalam tandas.. untuk tujuan apa tidak diketahui.. Inikah metaliti pengguna-pengguna tandas?? terutama bagi golongan muda..

Secara keseluruhannya, tandas di sogo tidak lah begitu bersih serta selesa, malahan ia tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi. Sepatutnya ada pihak tertentu ataupun pihak pengurusan sogo perlu memantau perkara ini dengan teliti.

Hal ini kerana, sogo adalah sebuah nama yang besar, jadi jangan kerana kelemahan tandas maka menjejaskan kompleks tersebut.

p/s; maaf tidak dapat letak banyak gambar disebabkan kekangan-kekangan tertentu serta masalah wiyerles..

Aduan ke pejabat setiausaha kerajaan negeri pulau pinang (email)

Surat ini telah dihantar ke alamat email pejabat setiausaha kerajaan negeri Pulau Pinang.
Berikut adalah kandungan surat tersebut.

Hapidzah.Binti.Abdul Hamid
F25 / 210, Desasiswa Fajar Harapan,
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang,
________________________________________________________________________

Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Pulau Pinang,
Paras 25, Komtar,
10503 Pulau Pinang.

23 MAC 2009

Tuan / Puan,

ADUAN MENGENAI TANDAS AWAM DI PULAU PINANG

Saya seperti nama dan alamat di atas merupakan pelajar tahun tiga kursus Kajian Globalisasi, Budaya Siber & Masa Depan di USM, ingin membuat aduan mengenai tandas awam terutama di bangunan komersial di Pulau Pinang.

2. Setelah beberapa bulan kami menjalankan kajian terhadap tandas-tandas tersebut, kami dapati tahap kebersihan tandas yang terdapat di Pulau Pinang adalah kurang memuaskan. Malahan, tandas-tandas yang menjadi lokasi kajian kami juga kekurangan dari segi kemudahan dan kelengkapannya.

3. Kajian kami ke atas tandas awam di pasaraya-pasaraya amat mendukacitakan. Hal ini kerana, keadaan tandas tersebut kekurangan dari segi tahap kebersihan serta kelengkapannya. Walaupun kita sedia maklum tandas-tandas tersebut diguna pakai oleh orang ramai, tetapi masalah-masalah sebegini masih berlaku. Siapa yang bertanggungjawab, tidak kami ketahui. Selain itu, tandas awam yang terdapat di Terminal Sungai Nibong juga tidak memuaskan walaupun ianya dibersihkan.

4. Mengapa perkara ini harus terjadi? Orang awam yang ingin menggunakan tandas awam perlu membayarnya sebelum menggunakannya. Tetapi persoalannya, adakah bayaran itu berbaloi dengan perkhidmatan yang kita perolehi. Saya berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin agar masalah ini dapat diatasi. Jangan kerana keadaan tandas yang tidak memuaskan, nama Pulau Pinang turut terjejas di mata dunia.

5. Di samping itu, pihak tuan/puan boleh melayari blog kajian kami untuk melihat sendiri hasil kajian kami mengenai tandas di http://nizamacleanNclear.blogspot.com dan pihak tuan/puan boleh juga menghubungi kami di alamat nizama216@gmail.com. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan sesegera mungkin.

Segala kerjasama daripada tuan/puan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
------------------------
(HAPIDZAH BT ABDUL HAMID)

PENANG INTERNATIONAL AIRPORT

Untuk post kali nie, kami akan tunjukkan kepada anda.....

~ PENANG INTERNATIONAL AIRPORT's TOILET ~


Jom kita cari tandas di sini..



Cuba tengok.. Bersih atau tidak ?


Tisu, Sanitary Bin, Tong sampah, Wayar 'hose' = LENGKAP





Sumber oksigen turut diletakkan sebagai penyeri tandas di sini


Jom tengok kemudahan yang terdapat di sini.. Lengkap atau tidak :)


Alat pengering tangan dan tong sampah disediakan di sudut utama tandas ini. ( Di tepi pintu utama)


Gambar bawah : sabun pencuci masih penuh ;)



Harap maaf..wireless tak okey la..nanti kami upload lagi ye..

kesulitan amat dikesali



Monday, March 30, 2009

K.O.M.T.A.R

Kali nie, kami akan tunjukkan tandas awam di KOMTAR.
Tahukah anda apakah nama penuh bagi KOMTAR??


KOMTAR merupakan ringkasan kepada Kompleks Tunku Abdul Razak yang terletak di bandar Pulau Pinang. Nak kenal lebih lanjut tentang KOMTAR ni, anda boleh lah klik disini


KOMTAR , Pulau Pinang...




Komtar : Pandangan dari depan

Jom kita selidik tandas awam kat KOMTAR nie..


Ada 20 sen tak?? Nak masuk, kenalah bayar dulu..






Permandangan dalam tandas tersebut



Model kami sedang menggunakan kelengkapan yang disediakan


Kelengkapan yang berfungsi dengan baik

Masalah : Paip tidak dapat ditutup selepas digunakan
Tolong ambil tindakan!!
Pembaziran sedang berlaku...

Kipas pengering hanya terdapat di tandas awam komtar sahaja
( tempat kajian lain tiada kemudahan ini)


Tempat wuduk yang memudahkan para pengguna ( gambar atas)


'Sanitary bin' di sediakan bagi memudahkan pengguna wanita.


Bersih tanpa sebarang tisu


Tandas duduk..bersih tak?

Pernahkah anda semua menggunakan tandas di Komtar?
Adakah anda berpuas hati dengan kelengkapan tandas awam di situ?
Jom berkongsi pendapat tentang tandas awam di KOMTAR ..
Choice Is Yours!!!