Monday, March 23, 2009

Lagu Tandas Awam Malaysia

Pernah kah anda mendengar atau melihat rakaman video klip lagu Tandas Awam Malaysia?
Lakonan Osman Kering dan Opie Cecupak..
Klip video ini pernah disiarkan di RTM.

Untuk mendengar lagu tersebut, sila klik link ini - :



http://www.esnips.com/doc/5f62c072-1828-47f0-a677-e42b895590ba/ropie__osman_kering_-_tandas_berkualiti-lite


Di sini, kami sertakan lirik lagu tersebut..
Jom nyanyi sama-sama :)

Dulu tidak kisah tapi kini kena jaga,
Dulu kita simbah tapi kini senang sahaja,
Masuk bilik tandas walau cepat walau gegas,
Lepas guna, 'flush' bagi bersih baru kelas,
Walau Tandas awam perlu jaga kebersihan,
Bagi kesedaran secara berterus-terusan,
Supaya berkualiti dalam hidup seharian,
Tandas bersih, tandas selesa hidup berwawasan,

Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,

Di tandas awam ramai orang yang berpusu,
Ada yang kena bayar,
Ada juga main serbu,
Walau apa cara kita perlu bersatu,
Tandas kita bersih,
Masyarakat kita maju,

Oo..Tandas berkualiti,
Oo..Hidup berkualiti,

Dengan ini, terbuktilah bahawa kerajaan Malaysia juga telah mengadakan kempen kesedaran
kepada orang awam mengenai Tandas Awam.
Lagu atau klip video tersebut adalah di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia.
Selain daripada RTM, stesen radio ( Hot Fm ) juga turut mengadakan kempen Tandas Awam bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam.

Namun berjayakah kempen tersebut?
Semuanya terletak di tangan anda semua..
Choice Is Yours!!!

1 comment:

  1. Lawak giler klip video tue..
    Aku dah tgok dah..haha..
    nape x post video tu je?
    -Farez-

    ReplyDelete